E - COMMERCE
- E-dagang bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan yang perlu kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik.
- Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif.
- Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang.
- Pembayaran di dalam bentuk baru ini ternyata amat murah dan mudah jika dibandingkan dengan cara pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai. Ini sekaligus akan mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank Pusat (central Bank).
- Berdasarkan kepada satu kajian yang dibuat, penurunan dari sudut penggunaan wang tunai adalah amat besar dengan kewujudan sistem pembayaran yang baru seperti penggunaan kad kredit atau kad debit ini berbanding 30 tahun yang lalu. Di Jerman sebagai satu contoh, perbelanjaan keseluruhan pada tahun 1990 adalah sebanyak DM 4,825 Billion dan dari jumlah itu hanya 4% sahaja wang tunai digunakan. Di Malaysia perkembangan e-dagang adalah amat memberangsangkan walaupun ia masih baru dengan mencatatkan pertumbuhan kira-kira 100 peratus setiap tahun. Aktiviti e-dagang di Malaysia juga dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 90 peratus sehingga 2005 dengan mencatatkan jumlah pasaran bernilai RM35.72 bilion.
Kategori e-dagang
Bovee L., Thill V. dan Schatzman E. (2001) mengkategorikan e-dagang
kepada empat kategori iaitu:
2.1 Sistem e-dagang perniagaan ke pelanggan
Ianya lebih dikenali sebagai business-to-consumer (B2C) atau peruncitan
elektronik (e-tailing). Perdagangan jenis ini melibatkan interaksi dan
transaksi antara syarikat dan pelanggan yang memberi fokus kepada
penjualan barang, perkhidmatan dan pemasaran kepada pelanggan.
2.2 Sistem e-dagang perniagaan ke perniagaan
Dikenali sebagai business-to-business (B2B). Perdagangan jenis ini
menggunakan internet sebagai media transaksi antara perniagaan. B2B
biasanya melibatkan syarikat-syarikat perniagaan seperti pembekal, pengedar, pengilang dan peruncit bukannya pelanggan. Barangan yang seringkali dijadikan pilihan untuk diperdagangkan melalui sistem e-dagang termasuklah kelengkapan pejabat dan peralatan yang diperlukan untuk pengoperasian sesebuah syarikat.
2.3 Sistem e-dagang pelanggan ke pelanggan
Perdagangan elektronik pelanggan ke pelanggan atau lebih dikenali sebagai
consumer-to-consumer (C2C) hanya melibatkan pihak pelanggan dimana 14
aktiviti penjualan dilakukan sesama mereka dengan internet bertindak sebagai orang tengah.
2.4 Mobile commerce
Dikenali sebagai m-dagang. Perdagangan ini melibatkan penggunaan internet tanpa wayar (wayerless) untuk melakukan transaksi perniagaan. M-dagang semakin popular di negara-negara eropah dan pastinya sistem ini akan menjadi ikutan apabila teknologinya disebarkan sepenuhnya di negara-negara lain.
Terdapat
lima sub-sistem di dalam sistem yang dilaksanakan di dalam E-dagang ini.
A.
Prosuder Kebenaran Awal (Pre Authorization Procedures)
Melalui method ini, para pendeposit di institut kewangan akan
mengeluarkan arahan tetap kepada institusi kewangan tertentu bagi membuat
bayaran secara automatik dengan hanya satu kebenaran seperti pembayaran bil
elektrik, pembayaran ansuran kereta dan lain-lain. Pembayaran ini akan dibuat
secara berterusan berdasarkan kepada perjanjian serta persetujuan asal di
antara pihak pendeposit dan juga pihak institusi kewangan. Menurut kaedah ini
juga, para pendeposit boleh memberikan arahan kepada pihak institusi kewangan
terbabit untuk memindahkan wang dari satu akaun kepada akaun yang lain
contohnya dari akaun simpanan kepada akaun semasa.
Keadah ini boleh dilaksanakan dengan cara memberi arahan kepada
pihak bank samada dengan cara menghadirkan diri ke bank-bank tertentu atau juga
secara elektronik. Sesetengah bank seperti Citibank sebagai contoh memberikan
galakan kepada para pelanggan untuk membuat pembayaran melalui arahan tetap
kepada pihak bank dengan mengenakan bayaran terus kepada kad kredit mereka dan
mereka akan diberikan potongan tertentu.
B.
Perbankan 24 Jam (ATM)
Sistem perbankan sumpama ini mula diwujudkan buat kali pertamanya
di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1969 di mana Chemical Bank adalah bank
yang mula-mula sekali menggunakan sistem ini (Kent W. Colton & Kenneth L.
Kraemer. 1980 : 8).
Bentuk transaksi seperti ini telah
digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bahkan ianya bukan sahaja terhad
kepada satu-satu negara sahaja bahkan kad yang dikeluarkan di satu negara
tertentu boleh melakukan transaksi di negara-negara lain yang mempunyai
kemudahan ini. Melalui mesin ATM ini, para pendeposit boleh mengekses kepada
akaun mereka masing-masing dengan menggunakan nombor rahsia yang diberikan oleh
pihak institusi kewangan. Mereka bukan sahaja boleh mengeluarkan wang dari
simpanan mereka,
bahkan juga boleh membuat pembayaran bil dan sebagainya. Cara ini
memberikan keselesaan kepada para pengguna kerana ianya menjimatkan masa dan
memudahkan para pelanggan menggunakannya tanpa batas waktu kerana ianya dibuka
selama 24 jam sehari semalam.
C.
Pemindahan Wang Secara Automatic Semasa Membuat Pembelian (Point Of Sale) Operations Facilities.
Melalui cara ini, para pembeli akan dapat memindahkan secara
langsung jumlah wang tertentu (jumlah pembelian) kepada syarikat yang terbabit
sejurus semasa transaksi dilakukan. Cara ini menghendaki pelanggan itu
mempunyai jumlah yang mencukupi bagi membuat pembayaran tersebut. Jika jumlah
wang tidak mencukupi, transaksi tersebut tidak akan diteruskan. Di dalam kaedah
ini para pelanggan akan menggunakan kad ATM mereka dan pihak penjual akan
mengenakan bayaran bagi setiap pembelian ke atas kad pelanggan dan ini
memerlukan pelanggan itu untuk memberikan authorization dengan memasukkan
nombor rahsia. Apabila nomber rahsia ini dimasukkan, secara automatik, jumlah
pembelian yang dimasukkan akan ditolak dari akaun pelanggan.
D.
Kad Hutang Credit / Debit Card
Bagi memenuhi kehendak pelanggan serta memperkembangkan
perniagaan, maka pihak institusi kewangan mengeluarkan kad yang dipanggil kad
kredit atau kad hutang bagi mereka yang layak. Kad ini menggunakan teknologi
magnetic strip di mana apabila kad pelanggan dilalukan melalui mesin khas,
mesin tersebut secara automatik akan menghantar segala maklumat yang terkandung
di dalam kad itu kepada sistem komputer dan seterusnya memproses segala
transaksi yang dijalankan kemudian menghantar kepada pihak (issuer) pengeluar
kad serta pihak syarikat (acquirer) bagi mendapatkan authorization (Gandy, A.
dan Chapman. 1997 : 45). Para pemegang kad akan diberikan jumlah tertentu untuk
dibelanjakan dan jumlah ini berbeza-beza di antara satu pelanggan dengan
pelanggan yang lain berdasarkan kepada status kewangan seseorang. Wang yang
dibelanjakan itu mestilah dibayar balik pada setiap bulan berdasarkan kepada
perjanjian yang dibuat di antara pihak pelanggan dengan pihan institusi
kewangan. Di Malaysia, bagi melayakkan seseorang itu memiliki kad kredit mereka
perlulah memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 24,000 setahun untuk
mendapatkan kad biasa (silver) dan perlu memperolehi pendapatan tidak kurang
daripada RM 48,000 setahun untun mendapatkan kad emas. Bagi kad biasa, had kredit
yang diberikan pada kebiasaanya ialah sebanyak RM 12,000 dan jumlah ini boleh
ditingkatkan jika ada permintaan daripada para pelanggan dan pihak bank akan
membenarkan pertambahan ini jika didapati pelanggan tersebut mempunyai rekod
pembayaran yang baik.
Selain daripada kad kredit, ada beberapa lagi jenis kad yang
dinamakan charge card yang beroperasi melalui kaedah yang sama tetapi pihak
pengeluar kad seperti American Express, Diners Club dan sebagainya tidak
meletakkan kadar atau had tertentu khususnya bagi pemegang kad emas. Dalam erti
kata lain, pemegang kad boleh membelanjakan sebanyak mana yang mereka mahu
asalkan mereka mampu untuk membayar keseluruhan wang yang digunakan apabila
sampai masanya.
E.
Pemindahan Wang Di Antara Institusi Kewangan
Cara ini dilakukan di antara institusi kewangan berdasarkan kepada
persetujuan yang dibuat di antara mereka. Pemindahan wang ini dilakukan secara
elektronik di mana hanya jumlah wang yang disebutkan sedangkan pihak institusi
kewangan yang menerima tidak menerima wang yang sebenar tetapi hanya
angka-angka yang menggambarkan jumlah wang yang dipindahkan.
F.
Perkhidmatan Telephon Banking
Sistem ini mampu untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh
pelanggan melalui sistem automated voice recognition. Sistem ini memerlukan
pelanggan untuk memasukkan nombor pengenalan sebelum memperolehi akses ke akaun
mereka (Gandy, A. dan Chapman. 1997: 43). Sistem ini ternyata membawa perubahan
yang besar kepada perkhidmatan pelanggan serta meningkatkan lagi taraf efisensi
perbankan di dalam arus globalisai ini.
G.
Interactive TV
Sistem ini juga banyak memberi kelebihan kepada para pelanggan
kerana mereka boleh membuat urusan dengan bank atau institusi kewangan mereka
tanpa meninggalkan rumah. Set television disambung terus kepada bank yang mana
para pelanggan boleh membuat
berbagai-bagai transaksi seperti membuat pembayaran bill atau
apa-apa arahan dan pihak bank akan melaksanakan setiap arahan kehadiran
pelanggan secara individu.
H.
Internet Access Computing
Ini juga salah satu dari usaha dari pihak-pihak kewangan dan juga
lain-lain syarikat bagi memudahkan pelanggan yang mana sistem ini menyediakan
kemudahan bagi pelanggan untuk bertukar maklumat, mengekses kepada akaun mereka
serta membuat bayaran bagi perkhidmatan yang mereka gunakan (Gandy, A. Chapman.
1997:43). Sekarang ini sistem perniagaan seumpama ini berkembang pesat kerana
ianya dilihat sebagai cara terbaik untuk sampai kepada para pelanggan.
Diantaranya ialah:
Ø E-SAHAM
Dengan perkembangan teknologi yang canggih, pembelian dan
penjualan saham kini boleh dilakukan melalui media elektronik samada melalui
kaca television ataupun melalui internet. Amsecurities Sdn Bhd adalah salah
satu syarikat perbankan yang menyediakan perkhidmatan perdagangan saham secara
Islam melalui internet di laman webnya iaitu www.amsecurities.com.
Melalui laman web ini, para pelanggan boleh berurusan di dalam pasaran saham di
Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) secara aktif. Mereka bukan sahaja boleh
memantau harga turun naik saham bahkan boleh melakukan pembelian dan penjualan
saham pada bila-bila masa apabila BSKL beroperasi. Selain daripada itu pihak
Amsecurities juga menyediakan informasi yang lengkap tentang satu-satu kaunter
dan ini memudahkan para pelanggan untuk memilih mana-mana kaunter yang termasuk
di dalam senarai kaunter yang beroperasi secara Islam atau sebaliknya.
Ø E-TIKET
Kini satu lagi cabang e-dagang yang semakin mendapat tempat di
kalangan masyarakat iaitu pembelian tiket penerbangan melalui internet. Air
Asia sebagai contoh menyediakan laman web yang khusus sebagai salah satu cara untuk
perkembangan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, mereka menggalakan para
penumpang membeli tiket penerbangan melalui internet dengan memberikan potongan
harga sebanyak RM 5.00 bagi setiap tiket. Walaupun potongan yang diberikan
bukanlah tarikan yang sebenar penumpang untuk membeli tiket penerbangan Air
Asia, tetapi harganya yang murah serta kemudahan membeli tiket tanpa perlu
keluar dari
rumah adalah satu tarikan. Airasia juga adalah satu-satunya
syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tanpa tiket (ticketless)
dan tempat duduk bebas (free seating) di dalam semua penerbangannya.
Ø E-LELONG
Satu lagi
bentuk perniagaan yang agak ketara dan menjadi alternatif kepada sebahagian
pengguna ialah membeli dan menjual secara lelongan melalui internet. Di Amerika
Syarikat, laman web seperti www.ebay.com menawarkan berbagai produk
untuk dijual secara lelongan dengan harga yang amat murah berbanding dengan
harga barangan yang sama yang dijual di pasaran tempatan. Di Malaysia, beberapa
laman web seperti www.auctions.com.my sebagai contoh memberi peluang
kepada para pelanggan untuk membeli dan menjual rumah atau hartanah dengan
harga yang lebih kompetitif.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.