Tahukah anda apa itu UNIFI?
Unifi merupakan salah satu service yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM). Menggunakan kabel fiber optik. Lebih pantas dan tuntas berbanding Streamyx yang menggunakan kabel copper.UniFi adalah servis 3 dalam 1 atau “triple play” yang mengandungi Jalurlebar berkelajuan tinggi (HSBB – High Speed Broadband), HyppTV (satu jenis IPTV) dan panggilan suara (voice call) untuk penggunaan kediaman. UniFi menawarkan 2 servis atau “dual play), iaitu Jalurlebar (HSBB) dan panggilan suara (voice) untuk penggunaan bisnes
Anda tidak perlu tuggu untuk melayari YouTube kerana apabila anda menggunakan Unifi terbukti tidak mempunyai "Buffering" ketika menonton video di halaman Youtube.ini terbukti oleh pelanggan yang sudah memiliki jalur lebar UNIFI. Unifi juga terdapat 2 service lain yang termasuk didalam pakej iaitu (Pakej Kediaman dan Perniagaan). Pandangan pertama UNIFI ni amat sesuai terutama untuk seseorang yang menginginkan penjimatan bijak menguruskan wang dimana unifi dapat dapat memiliki internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Jadi kepada siapa yang menggunakannya akan merasai kelajuannya.. Sebelum ini TM memperkenalkan pelan Streamyx yang juga ditwarkan oleh TM Streamyx.
Ada fakta yang menarik tentang UNIFI nih ialah UNIFI ini telah ada 2 tahun lepas dan baru tahun ini TM boleh buat promosi besar-besaran tentang UNIFI..Ini semua kerana kos untuk menyediakan UNIFI agak tinggi yang menggunakan Fibre Optic..Tahniah Telekom Malaysia (TM) kerana berusaha menyediakan perkhidmatan seperti ini.Malaysia selangkah untuk menuju WAWASAN 2020. Pelanggan juga boleh melakukan bisnes dengan lebih cepat dengan unifi jalur lebar berkelajuan tinggi . Pihak TM dengan ini telah menawarkan kos peralatan & pemasangan untuk masa terhad sahaja secara percuma . Pakej UNIFI ini ternyata berbaloi... : - )
Pakej yang ditawarkan oleh UniFi
Buat masa ini, ada 3 jenis pakej UniFi untuk pengguna kediaman dan 5 jenis untuk bisnes.
a. Kediaman:
- VIP 5: kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 149 sebulan
- VIP 10: kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 199 sebulan
- VIP 20: kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 249 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: suara, internet dan HyppTV
b. Bisnes
- BIZ 5 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 199 sebulan
- BIZ 10 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 289 sebulan
- BIZ 20 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 359 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: plan panggilan yang menarik, internet berkelajuan tinggi dan servis tambah nilai yang lain.
Perbezaan antara HyppTV (IPTV) dan TV satelit

HyppTV disalurkan melalui rangkain jalurlebar dan bukan dari satelit ke stesen bumi. Kebaikan HyppTV jika dibandingkan dengan TV satelit, adalah siaran tidak akan diganggu oleh cuaca yang kurang memuaskan. Model harga HyppTv adalah jenis “On Demand”, pelanggan hanya bayar saluran, filem atau siri drama yang mereka hendak tontoni dan bukan 1 pakej dengan harga tetap bulanan.
Berikut adalah antara channel yang ada di dalam HyppTV.



TENTANG UNIFI
1. Kalau berminat dengan UniFi, apa yang perlu dibuat?
Baiklah. Pertama sekali, sila layari laman sesawang UniFi. Lihat pada menu Services dan pilih Check availability in your area. Mohon semak untuk mengetahui kesesuaian UniFi di kawasan rumah anda. Sebab bukan semua tempat ada. Jika kawasan anda ada di dalam skop pemasangan UniFi, pilih pula pekej yang diminati.
2. Jika benar-benar nekad mahu memasang UniFi, apa perlu dibuat?
Nekad? Anda pasti anda sudah nekad? Ok. Mohon dail nombor 1300881222. Mohon dail nombor tersebut untuk pertanyaan terus kepada pihak UniFi. Jika anda mendail nombor careline unifi, Seorang perempuan menjawab. Sopan dan lembut melayan. Tanya nama, alamat, butir akaun Streamyx lama dan sebagainya. Tup... tap... tup... tap sudah selesai.
Petangnya, beliau telefon semula untuk tetapkan tarikh pemasangan. Lusanya, seorang pegawai teknikal telefon lagi sekali untuk menetapkan butiran akaun Streamyx dan UniFi, lokasi pemasangan dan tarikh pemasangan. Dan kurang dari seminggu, pemasangan sudah selesai dibuat. Jangan lupa, anda akan terikat dengan kontrak UniFi selama dua tahun.
3. Perlu sediakan apa-apakah untuk pemasangan?
Tidak. Memadai jika anda mempunyai sebuah televisyen dan komputer. Pihak UniFi akan membekalkan anda secara percuma Wireless-N Router, telefon wireless dan decoder IPTV. Ah, ya. Jangan lupa bekalkan multiple extension cord ya.
4. Berapa lama pemasangan UniFi dibuat?
Sebab dua orang technicians itu terpaksa menarik kabel pada pokok-pokok besar yang banyak kerengga, memanjat bumbung untuk ke tingkap di luar bilik tidur utama dan mengemaskini kabel fiber optik di dalam rumah... tempohnya adalah dari jam 9.45 pagi sehingga 3 petang. Sangat lama juga itu. Jangan lupa hidangkan tetamu air minuman dan sedikit pengalas perut ya.
5. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan Streamyx?
Buat pengetahuan anda, pemasangan kabel UniFi tidak akan mengganggu kabel telefon dan kabel copper Streamyx anda. Masing-masing mengikut haluan sendiri. Jadi, jika anda sudah melanggan UniFi, tamatkan sahaja akaun Streamyx anda.
6. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan telefon?
Buat pengetahuan anda juga, UniFi membekalkan telefon wireless cord di mana tiada bayaran akan dikenakan untuk panggilan nasional. Dan sepuluh sen seminit akan dikenakan untuk panggilan handphone. Bermakna, kini anda mempunyai dua telefon. Jadi, apa tunggu lagi. Tamatkan sahaja talian telefon yang sudah ada. Tetapi jika anda berkemampuan untuk membayar dua-dua apa ada hal bukan.
7. Bagaimana mahu membuat pembayaran bil UniFi?
Tiada beza dengan pembayaran telefon dan Streamyx. Melalui Maybank2u juga boleh. Anda akan diberi pilihan samada untuk menerima bil setiap bulan dalam bentuk pos ke rumah atau dalam bentuk email. Caj akan dikenakan sebanyak RM8 jika dihantar dalam bentuk pos. Harga kertas sudah naik barangkali. Manakala tiada caj akan dikenakan jika bil dihantar melalui email. Makanya. Buatlah pilihan yang bijak (sambil mengelipkan mata).
8. Kalau tiba-tiba nak tamatkan UniFi boleh tak?
Boleh. Jika kontrak dua tahun sudah tamat, tiada masalah. Tetapi. Jika mahu tamatkan sebelum kontrak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM500. Ya. Denda. Butiran lain, boleh baca pada Terms and Conditions di dalam laman UniFi. Gila? Gila tidak gila saya baca juga Terms and Conditions dari mula sampai habis tahu. Consumerism kononnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.