Thursday, 19 April 2012

SpeedyFox


SpeedyFox :: Membuat Mozilla Firefox Berjalan Secepat Kilat





Anda pengguna Firefox?? Jika jawabannya adalah Ya, maka anda wajib membaca artikel ini. Mozilla Firefox merupakan browser sejuta umat, browser internet yang kaya fitur dan telah dikenali sebagai browser tercepat. Tetapi perlu anda ketahui bahwa seiring dengan berlalunya waktu, Browser Firefox yang anda gunakan akan mulai terasa melambat.Memerlukan banyak waktu untuk load ketika startup, browsing Histories dan kecepatan secara keseluruhan akan terus menurun dan sudah tidak boleh berjalan stabil seperti apabila mula di install buat pertama kalinya. Ini adalah masalah yang sangat umum dan sebahagian besar terjadi kerana fragmentasi database.

Oleh itu bagaimana penyelesaiannya?
Anda tidak perlu risau, pada artikel kali ini saya akan menunjukkan cara untuk mempercepat Firefox anda 3x lebih cepat. Wahhh….bagaimana caranya?? Gunakan saja SpeedyFox.

SpeedyFox merupakan sebuah program portabel yang kecil namun mantap yang akan memperbaiki masalah ini hanya dengan satu klik! Memang sukar dipercaya, tapi setelah Anda mengoptimalkan Firefox dengan tool ini, Anda akan merasa kecepatan browsing seperti baru menginstall firefox. Kecepatan startup Firefox Anda akan 3 kali lebih cepat, browsing history akan menjadi lebih cepat, dan melakukan operasi dengan cookie akan lebih cepat daripada sebelumnya.

berapa kali saya harus menjalankan SpeedyFox?


bergantung pada aktiviti browsing Anda, sebaiknya optimalkan profil anda setidak-tidaknya sekali dalam 2 minggu. Atau boleh juga anda jalankan SpeedyFox apabila anda merasa Firefox sudah tidak berjalan dengan normal lagi serta lambat.

bagaimana cara menggunakannya?


Setelah diinstal,SpeedyFox secara automatik akan mendeteksi profil default Firefox Anda. Jika Anda memiliki lebih dari satu profil, Anda dapat memilih salah satu yang Anda inginkan untuk dioptimalkan dari menu drop-down. Jika Anda memiliki versi portable Firefox, pilih profil Anda secara manual dengan memilih profil “Custom...”. Yang harus Anda lakukan hanyalah dengan menekan tombol “Speed Up My Firefox!”.




Yah…cara menggunakannya sangat mudah, cukup jalankan SpeedyFox kemudian tekanlah tombol “Speed Up My Firefox!”. Beresss!!




Proses optimasi boleh memakan waktu dari 30 detik sampai satu jam, tergantung pada seberapa besar basis data Anda. Seluruh proses optimasi ini dijamin aman kerana tidak berimbas pada browsing history Anda, bookmark, sandi, dsb.



About Facebook


cerita disebalik facebook


                                           



Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.

Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.


Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.


Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas.


Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".


Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.


Electronic Commerce ( E-Dagang )



           



      E - COMMERCE

  • E-dagang bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan yang perlu kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik.

  • Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif. 

  • Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang. 

  • Pembayaran di dalam bentuk baru ini ternyata amat murah dan mudah jika dibandingkan dengan cara pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai. Ini sekaligus akan mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank Pusat (central Bank).

  • Berdasarkan kepada satu kajian yang dibuat, penurunan dari sudut penggunaan wang tunai adalah amat besar dengan kewujudan sistem pembayaran yang baru seperti penggunaan kad kredit atau kad debit ini berbanding 30 tahun yang lalu. Di Jerman sebagai satu contoh, perbelanjaan keseluruhan pada tahun 1990 adalah sebanyak DM 4,825 Billion dan dari jumlah itu hanya 4% sahaja wang tunai digunakan. Di Malaysia perkembangan e-dagang adalah amat memberangsangkan walaupun ia masih baru dengan mencatatkan pertumbuhan kira-kira 100 peratus setiap tahun. Aktiviti e-dagang di Malaysia juga dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 90 peratus sehingga 2005 dengan mencatatkan jumlah pasaran bernilai RM35.72 bilion.


Kategori e-dagang 






Bovee L., Thill V. dan Schatzman E. (2001) mengkategorikan e-dagang 
kepada empat kategori iaitu: 



2.1  Sistem e-dagang perniagaan ke pelanggan 

Ianya lebih dikenali sebagai business-to-consumer (B2C) atau peruncitan 
elektronik (e-tailing).  Perdagangan jenis ini melibatkan interaksi dan 
transaksi antara syarikat dan pelanggan yang memberi fokus kepada 
penjualan barang, perkhidmatan dan pemasaran kepada pelanggan. 

2.2  Sistem e-dagang perniagaan ke perniagaan 

Dikenali sebagai business-to-business (B2B).  Perdagangan jenis ini 
menggunakan internet sebagai media transaksi antara perniagaan.  B2B 
biasanya melibatkan syarikat-syarikat perniagaan seperti pembekal, pengedar, pengilang dan peruncit bukannya pelanggan.  Barangan yang seringkali dijadikan pilihan untuk diperdagangkan melalui sistem e-dagang termasuklah kelengkapan pejabat dan peralatan yang diperlukan untuk pengoperasian sesebuah syarikat. 


2.3   Sistem e-dagang pelanggan ke pelanggan 

Perdagangan elektronik pelanggan ke pelanggan atau lebih dikenali sebagai 
consumer-to-consumer (C2C) hanya melibatkan pihak pelanggan dimana 14
aktiviti penjualan dilakukan sesama mereka dengan internet bertindak sebagai orang tengah. 


2.4 Mobile commerce 

Dikenali sebagai m-dagang.  Perdagangan ini melibatkan penggunaan internet tanpa wayar (wayerless) untuk melakukan transaksi perniagaan.  M-dagang semakin popular di negara-negara eropah dan pastinya sistem ini akan menjadi ikutan apabila teknologinya disebarkan sepenuhnya di negara-negara lain. 






Terdapat lima sub-sistem di dalam sistem yang dilaksanakan di dalam E-dagang ini. 


A. Prosuder Kebenaran Awal (Pre Authorization Procedures)

Melalui method ini, para pendeposit di institut kewangan akan mengeluarkan arahan tetap kepada institusi kewangan tertentu bagi membuat bayaran secara automatik dengan hanya satu kebenaran seperti pembayaran bil elektrik, pembayaran ansuran kereta dan lain-lain. Pembayaran ini akan dibuat secara berterusan berdasarkan kepada perjanjian serta persetujuan asal di antara pihak pendeposit dan juga pihak institusi kewangan. Menurut kaedah ini juga, para pendeposit boleh memberikan arahan kepada pihak institusi kewangan terbabit untuk memindahkan wang dari satu akaun kepada akaun yang lain contohnya dari akaun simpanan kepada akaun semasa.
Keadah ini boleh dilaksanakan dengan cara memberi arahan kepada pihak bank samada dengan cara menghadirkan diri ke bank-bank tertentu atau juga secara elektronik. Sesetengah bank seperti Citibank sebagai contoh memberikan galakan kepada para pelanggan untuk membuat pembayaran melalui arahan tetap kepada pihak bank dengan mengenakan bayaran terus kepada kad kredit mereka dan mereka akan diberikan potongan tertentu.


B. Perbankan 24 Jam (ATM)

Sistem perbankan sumpama ini mula diwujudkan buat kali pertamanya di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1969 di mana Chemical Bank adalah bank yang mula-mula sekali menggunakan sistem ini (Kent W. Colton & Kenneth L. Kraemer. 1980 : 8).
Bentuk transaksi seperti ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bahkan ianya bukan sahaja terhad kepada satu-satu negara sahaja bahkan kad yang dikeluarkan di satu negara tertentu boleh melakukan transaksi di negara-negara lain yang mempunyai kemudahan ini. Melalui mesin ATM ini, para pendeposit boleh mengekses kepada akaun mereka masing-masing dengan menggunakan nombor rahsia yang diberikan oleh pihak institusi kewangan. Mereka bukan sahaja boleh mengeluarkan wang dari simpanan mereka,

bahkan juga boleh membuat pembayaran bil dan sebagainya. Cara ini memberikan keselesaan kepada para pengguna kerana ianya menjimatkan masa dan memudahkan para pelanggan menggunakannya tanpa batas waktu kerana ianya dibuka selama 24 jam sehari semalam.

C. Pemindahan Wang Secara Automatic Semasa Membuat Pembelian      (Point Of Sale) Operations Facilities.

Melalui cara ini, para pembeli akan dapat memindahkan secara langsung jumlah wang tertentu (jumlah pembelian) kepada syarikat yang terbabit sejurus semasa transaksi dilakukan. Cara ini menghendaki pelanggan itu mempunyai jumlah yang mencukupi bagi membuat pembayaran tersebut. Jika jumlah wang tidak mencukupi, transaksi tersebut tidak akan diteruskan. Di dalam kaedah ini para pelanggan akan menggunakan kad ATM mereka dan pihak penjual akan mengenakan bayaran bagi setiap pembelian ke atas kad pelanggan dan ini memerlukan pelanggan itu untuk memberikan authorization dengan memasukkan nombor rahsia. Apabila nomber rahsia ini dimasukkan, secara automatik, jumlah pembelian yang dimasukkan akan ditolak dari akaun pelanggan.

D. Kad Hutang Credit / Debit Card

Bagi memenuhi kehendak pelanggan serta memperkembangkan perniagaan, maka pihak institusi kewangan mengeluarkan kad yang dipanggil kad kredit atau kad hutang bagi mereka yang layak. Kad ini menggunakan teknologi magnetic strip di mana apabila kad pelanggan dilalukan melalui mesin khas, mesin tersebut secara automatik akan menghantar segala maklumat yang terkandung di dalam kad itu kepada sistem komputer dan seterusnya memproses segala transaksi yang dijalankan kemudian menghantar kepada pihak (issuer) pengeluar kad serta pihak syarikat (acquirer) bagi mendapatkan authorization (Gandy, A. dan Chapman. 1997 : 45). Para pemegang kad akan diberikan jumlah tertentu untuk dibelanjakan dan jumlah ini berbeza-beza di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain berdasarkan kepada status kewangan seseorang. Wang yang dibelanjakan itu mestilah dibayar balik pada setiap bulan berdasarkan kepada perjanjian yang dibuat di antara pihak pelanggan dengan pihan institusi kewangan. Di Malaysia, bagi melayakkan seseorang itu memiliki kad kredit mereka perlulah memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 24,000 setahun untuk mendapatkan kad biasa (silver) dan perlu memperolehi pendapatan tidak kurang daripada RM 48,000 setahun untun mendapatkan kad emas. Bagi kad biasa, had kredit yang diberikan pada kebiasaanya ialah sebanyak RM 12,000 dan jumlah ini boleh ditingkatkan jika ada permintaan daripada para pelanggan dan pihak bank akan membenarkan pertambahan ini jika didapati pelanggan tersebut mempunyai rekod pembayaran yang baik.
Selain daripada kad kredit, ada beberapa lagi jenis kad yang dinamakan charge card yang beroperasi melalui kaedah yang sama tetapi pihak pengeluar kad seperti American Express, Diners Club dan sebagainya tidak meletakkan kadar atau had tertentu khususnya bagi pemegang kad emas. Dalam erti kata lain, pemegang kad boleh membelanjakan sebanyak mana yang mereka mahu asalkan mereka mampu untuk membayar keseluruhan wang yang digunakan apabila sampai masanya.

E. Pemindahan Wang Di Antara Institusi Kewangan

Cara ini dilakukan di antara institusi kewangan berdasarkan kepada persetujuan yang dibuat di antara mereka. Pemindahan wang ini dilakukan secara elektronik di mana hanya jumlah wang yang disebutkan sedangkan pihak institusi kewangan yang menerima tidak menerima wang yang sebenar tetapi hanya angka-angka yang menggambarkan jumlah wang yang dipindahkan.

F. Perkhidmatan Telephon Banking

Sistem ini mampu untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh pelanggan melalui sistem automated voice recognition. Sistem ini memerlukan pelanggan untuk memasukkan nombor pengenalan sebelum memperolehi akses ke akaun mereka (Gandy, A. dan Chapman. 1997: 43). Sistem ini ternyata membawa perubahan yang besar kepada perkhidmatan pelanggan serta meningkatkan lagi taraf efisensi perbankan di dalam arus globalisai ini.

G. Interactive TV

Sistem ini juga banyak memberi kelebihan kepada para pelanggan kerana mereka boleh membuat urusan dengan bank atau institusi kewangan mereka tanpa meninggalkan rumah. Set television disambung terus kepada bank yang mana para pelanggan boleh membuat


berbagai-bagai transaksi seperti membuat pembayaran bill atau apa-apa arahan dan pihak bank akan melaksanakan setiap arahan kehadiran pelanggan secara individu.

H. Internet Access Computing

Ini juga salah satu dari usaha dari pihak-pihak kewangan dan juga lain-lain syarikat bagi memudahkan pelanggan yang mana sistem ini menyediakan kemudahan bagi pelanggan untuk bertukar maklumat, mengekses kepada akaun mereka serta membuat bayaran bagi perkhidmatan yang mereka gunakan (Gandy, A. Chapman. 1997:43). Sekarang ini sistem perniagaan seumpama ini berkembang pesat kerana ianya dilihat sebagai cara terbaik untuk sampai kepada para pelanggan. Diantaranya ialah:

Ø  E-SAHAM
Dengan perkembangan teknologi yang canggih, pembelian dan penjualan saham kini boleh dilakukan melalui media elektronik samada melalui kaca television ataupun melalui internet. Amsecurities Sdn Bhd adalah salah satu syarikat perbankan yang menyediakan perkhidmatan perdagangan saham secara Islam melalui internet di laman webnya iaitu www.amsecurities.com. Melalui laman web ini, para pelanggan boleh berurusan di dalam pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) secara aktif. Mereka bukan sahaja boleh memantau harga turun naik saham bahkan boleh melakukan pembelian dan penjualan saham pada bila-bila masa apabila BSKL beroperasi. Selain daripada itu pihak Amsecurities juga menyediakan informasi yang lengkap tentang satu-satu kaunter dan ini memudahkan para pelanggan untuk memilih mana-mana kaunter yang termasuk di dalam senarai kaunter yang beroperasi secara Islam atau sebaliknya.

Ø  E-TIKET
Kini satu lagi cabang e-dagang yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat iaitu pembelian tiket penerbangan melalui internet. Air Asia sebagai contoh menyediakan laman web yang khusus sebagai salah satu cara untuk perkembangan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, mereka menggalakan para penumpang membeli tiket penerbangan melalui internet dengan memberikan potongan harga sebanyak RM 5.00 bagi setiap tiket. Walaupun potongan yang diberikan bukanlah tarikan yang sebenar penumpang untuk membeli tiket penerbangan Air Asia, tetapi harganya yang murah serta kemudahan membeli tiket tanpa perlu keluar dari


rumah adalah satu tarikan. Airasia juga adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tanpa tiket (ticketless) dan tempat duduk bebas (free seating) di dalam semua penerbangannya.


Ø  E-LELONG
Satu lagi bentuk perniagaan yang agak ketara dan menjadi alternatif kepada sebahagian pengguna ialah membeli dan menjual secara lelongan melalui internet. Di Amerika Syarikat, laman web seperti www.ebay.com menawarkan berbagai produk untuk dijual secara lelongan dengan harga yang amat murah berbanding dengan harga barangan yang sama yang dijual di pasaran tempatan. Di Malaysia, beberapa laman web seperti www.auctions.com.my sebagai contoh memberi peluang kepada para pelanggan untuk membeli dan menjual rumah atau hartanah dengan harga yang lebih kompetitif.

 










             

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya percuma !!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. 

Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan? Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini. 

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda. Rasailah kehebatan Ubuntu.


APA ITU UBUNTU ?


Jika anda ingin mengatakan pengguna ubuntu hanyalah terdiri daripada programmer yang hanya pandai bercakap dalam bahasa c, c++, java, fortran, phyton, pascal, perl, php, dan sebagainya dan selalu bercakap dengan komputer seperti bercakap dengan mak sendiri, anda dah tersilap zaman. Mungkin itu dizaman 80an dimana komputer pun masih tidak mempunyai apa-apa windows (di malaysia) dan pada masa itu, untuk berinteraksi dengan komputer memerlukan command-command tertentu yang hanya dihafal oleh programmer-programmer dan yang sewaktu dengannya.

Hari ini, dunia komputer sudah tidak lagi begitu susah untuk difahami. User yang tidak pernah tahu apa-apa bahasa percakapan komputer juga mampu menggunakan komputer malah kadang-kadang mereka lebih baik daripada user yang tahu bahasa komputer. Mereka ini menggunakan teknologi komputer untuk berblog dan menjadi blogger yang professional dan kemudiannya mendapat pulangan yang lebih tinggi dari gaji-gaji programmer itu sendiri. Tidakkah ianya begitu pelik?Bagi saya ia tidak pelik,kerana zaman sudah berubah dan mentaliti juga harus berubah!

Dalam menggunakan vista, telah menjadi sesuatu yang wajib bagi setiap laptop untuk "hang" walaupun sekali sehari. Walaupun tidak bermain game, tidak membuka software yang memerlukan ram yang tinggi. Sepertimana biasa, atau hanya cuma mendengar muzik, surf internet, buka YM dan chat, dan kadang-kadang tengok movie. Namun Vista masih lagi enggan berbaik-baik dengan saya. hehe Mungkin kerana "rate" kepenggunaan laptop dengan vista hanyalah 2.1 dan kerana itu prestasinya menjadi begitu lembab macam siput . Apabila and bertukar kepada ubuntu, anda akan terkejut apabila boleh melakukan seperti dibawah ini :




Ketika ini sedang run firefox, pidgin (IM), terminal, calculator, character map, dictionary, Gjiten, Text Editor, Zekr, Inkscape (macam adobe illustrator), system monitor (task manager), eclipse (java prog-xtau guna pun), songbird , open office word, Adobe Reader 8, VLC, sunbird,google earth dan KSnapshot untuk ambil screenshot ni .


Tujuan eksperimen ini adalah untuk menguji kebolehan ubuntu apabila sedang running aplikasi sehingga 20 aplikasi dalam satu masa dan melihat behavior avant window navigator (AWN) apabila jarak horizontalnya atau kepanjangannya mencapai tahap maksima. Daripada eksperimen, keputusannya ialah pengguna ubuntu mampu untuk run 20 aplikasi dalam satu-satu masa dan ikon AWN akan mengecil setelah mencapai tahap maksima.



CIRI-CIRI UBUNTU


  • Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang.
  • Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan  tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.
  • policykit  turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.
  • Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparan antara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04, unity menjadi paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikan GNOME SHELL.
  • Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklah Libre office ( open office ) sebelum versi 11.04, firefox, empathy, pidgin sebelum versi 9.10, Transmission, GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan seperti Soduko and catur. Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melalui pusat perisian ubuntu. 
  • Ubuntu membolehkan port perangkaian  ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa. Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk microsoft window seperti microsoft office, melalui perisian wine atau mesin maya seperti VMware Workstation atau virtualbox.



Saturday, 14 April 2012

TM - UniFi





        Tahukah anda apa itu UNIFI?

             

    Unifi merupakan salah satu service yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM). Menggunakan kabel fiber optik. Lebih pantas dan tuntas berbanding Streamyx yang menggunakan kabel copper.UniFi adalah servis 3 dalam 1 atau “triple play” yang mengandungi Jalurlebar berkelajuan tinggi (HSBB – High Speed Broadband), HyppTV (satu jenis IPTV) dan panggilan suara (voice call) untuk penggunaan kediaman. UniFi menawarkan 2 servis atau “dual play), iaitu Jalurlebar (HSBB) dan panggilan suara (voice) untuk penggunaan bisnes

Anda tidak perlu tuggu untuk melayari YouTube kerana apabila anda menggunakan Unifi terbukti tidak mempunyai "Buffering" ketika menonton video di halaman Youtube.ini terbukti oleh pelanggan yang sudah memiliki jalur lebar UNIFI. Unifi juga terdapat 2 service lain yang termasuk didalam pakej iaitu (Pakej Kediaman dan Perniagaan). Pandangan pertama UNIFI ni amat sesuai terutama untuk seseorang yang menginginkan penjimatan bijak menguruskan wang dimana unifi dapat dapat memiliki internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Jadi kepada siapa yang menggunakannya akan merasai kelajuannya.. Sebelum ini TM memperkenalkan pelan Streamyx yang juga ditwarkan oleh TM Streamyx. 

Ada fakta yang menarik tentang UNIFI nih ialah UNIFI ini telah ada 2 tahun lepas dan baru tahun ini TM boleh buat promosi besar-besaran tentang UNIFI..Ini semua kerana kos untuk menyediakan UNIFI agak tinggi yang menggunakan Fibre Optic..Tahniah Telekom Malaysia (TM) kerana berusaha menyediakan perkhidmatan seperti ini.Malaysia selangkah untuk menuju WAWASAN 2020. Pelanggan juga boleh melakukan bisnes dengan lebih cepat dengan unifi jalur lebar berkelajuan tinggi . Pihak TM dengan ini telah menawarkan kos peralatan & pemasangan untuk masa terhad sahaja secara percuma . Pakej UNIFI ini ternyata berbaloi... : - )


Pakej yang ditawarkan oleh UniFi


Buat masa ini, ada 3 jenis pakej UniFi untuk pengguna kediaman dan 5 jenis untuk bisnes.
a. Kediaman:
  1. VIP 5: kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 149 sebulan
  2.  VIP 10: kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 199 sebulan
  3. VIP 20: kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 249 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: suara, internet dan HyppTV
b. Bisnes
  1. BIZ 5 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 5Mb – RM 199 sebulan
  2. BIZ 10 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 10Mb – RM 289 sebulan
  3. BIZ 20 (IP Dinamik): kelajuan muat turun sehingga 20Mb – RM 359 sebulan
Setiap pakej diatas mengandungi: plan panggilan yang menarik, internet berkelajuan tinggi dan servis tambah nilai yang lain.


Perbezaan antara HyppTV (IPTV) dan TV satelit



HyppTV disalurkan melalui rangkain jalurlebar dan bukan dari satelit ke stesen bumi. Kebaikan HyppTV jika dibandingkan dengan TV satelit, adalah siaran tidak akan diganggu oleh cuaca yang kurang memuaskan. Model harga HyppTv adalah jenis “On Demand”, pelanggan hanya bayar saluran, filem atau siri drama yang mereka hendak tontoni dan bukan 1 pakej dengan harga tetap bulanan.


Berikut adalah antara channel yang ada di dalam HyppTV.








TENTANG UNIFI


1. Kalau berminat dengan UniFi, apa yang perlu dibuat?


Baiklah. Pertama sekali, sila layari laman sesawang UniFi. Lihat pada menu Services dan pilih Check availability in your area. Mohon semak untuk mengetahui kesesuaian UniFi di kawasan rumah anda. Sebab bukan semua tempat ada. Jika kawasan anda ada di dalam skop pemasangan UniFi, pilih pula pekej yang diminati.


2. Jika benar-benar nekad mahu memasang UniFi, apa perlu dibuat?


Nekad? Anda pasti anda sudah nekad? Ok. Mohon dail nombor 1300881222. Mohon dail nombor tersebut untuk pertanyaan terus kepada pihak UniFi. Jika anda mendail nombor careline unifi, Seorang perempuan menjawab. Sopan dan lembut melayan. Tanya nama, alamat, butir akaun Streamyx lama dan sebagainya. Tup... tap... tup... tap sudah selesai.

Petangnya, beliau telefon semula untuk tetapkan tarikh pemasangan. Lusanya, seorang pegawai teknikal telefon lagi sekali untuk menetapkan butiran akaun Streamyx dan UniFi, lokasi pemasangan dan tarikh pemasangan. Dan kurang dari seminggu, pemasangan sudah selesai dibuat. Jangan lupa, anda akan terikat dengan kontrak UniFi selama dua tahun.


3. Perlu sediakan apa-apakah untuk pemasangan?


Tidak. Memadai jika anda mempunyai sebuah televisyen dan komputer. Pihak UniFi akan membekalkan anda secara percuma Wireless-N Router, telefon wireless dan decoder IPTV. Ah, ya. Jangan lupa bekalkan multiple extension cord ya.





4. Berapa lama pemasangan UniFi dibuat?


Sebab dua orang technicians itu terpaksa menarik kabel pada pokok-pokok besar yang banyak kerengga, memanjat bumbung untuk ke tingkap di luar bilik tidur utama dan mengemaskini kabel fiber optik di dalam rumah... tempohnya adalah dari jam 9.45 pagi sehingga 3 petang. Sangat lama juga itu. Jangan lupa hidangkan tetamu air minuman dan sedikit pengalas perut ya.

5. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan Streamyx?


Buat pengetahuan anda, pemasangan kabel UniFi tidak akan mengganggu kabel telefon dan kabel copper Streamyx anda. Masing-masing mengikut haluan sendiri. Jadi, jika anda sudah melanggan UniFi, tamatkan sahaja akaun Streamyx anda.


6. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan telefon?


Buat pengetahuan anda juga, UniFi membekalkan telefon wireless cord di mana tiada bayaran akan dikenakan untuk panggilan nasional. Dan sepuluh sen seminit akan dikenakan untuk panggilan handphone. Bermakna, kini anda mempunyai dua telefon. Jadi, apa tunggu lagi. Tamatkan sahaja talian telefon yang sudah ada. Tetapi jika anda berkemampuan untuk membayar dua-dua apa ada hal bukan.



7. Bagaimana mahu membuat pembayaran bil UniFi?


Tiada beza dengan pembayaran telefon dan Streamyx. Melalui Maybank2u juga boleh. Anda akan diberi pilihan samada untuk menerima bil setiap bulan dalam bentuk pos ke rumah atau dalam bentuk email. Caj akan dikenakan sebanyak RM8 jika dihantar dalam bentuk pos. Harga kertas sudah naik barangkali. Manakala tiada caj akan dikenakan jika bil dihantar melalui email. Makanya. Buatlah pilihan yang bijak (sambil mengelipkan mata).



8. Kalau tiba-tiba nak tamatkan UniFi boleh tak?


Boleh. Jika kontrak dua tahun sudah tamat, tiada masalah. Tetapi. Jika mahu tamatkan sebelum kontrak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM500. Ya. Denda. Butiran lain, boleh baca pada Terms and Conditions di dalam laman UniFi. Gila? Gila tidak gila saya baca juga Terms and Conditions dari mula sampai habis tahu. Consumerism kononnya.





Yeah ! i will do ^^